Bagaimana Jerawat Tumbuh di Muka dan Badan
Ketahui bagaimana jerawat boleh tumbuh dan cara menanganinya

Penyakit jerawat boleh didefinasikan sebagai penyakit radang tisu di bahagian kulit manusia. Radang ini berlaku di kawasan kulit yang berminyak seperti muka dan badan yang boleh menyumbang terjadinya jerawat. Biasanya ia berlaku pada golongan remaja yang berada dalam tempoh akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon yang agresif di dalam badan.
Pada usia remaja, kelenjar-kelenjar minyak menjadi begitu aktif untuk menghasilkan sebum(sejenis lemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak) semasa perubahan hormon.
Fungsi sebum adalah bertindak sebagai pelindung supaya kulit sentiasa lembap dan lembut. Ia juga mengekalkan nilai pH normal pada lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, sebum boleh keluar dengan terlalu banyak dan menyebabkan kulit menjadi kering.
Pendedahan pada persekitaran yang kotor menyebabkan kotoran seperti debu dan habuk mudah tersumbat pada liang pori atau kelenjar minyak. Akibatnya kotoran yang tersumbat itu akan menghalang sebum keluar daripada kelenjar minyak dengan lancar. Pembentukkan bakteria mudah berlaku di dalam kelenjar minyak yang tersumbat dan menukarkan sebum menjadi lemak berasid. Akhirnya kulit mengalami nanah dalaman dan perbentukkan jerawat berlaku.
Kita perlu memandang serius mengenai penyakit jerawat ini kerana jika lambat dirawat ia boleh meniggalkan kesan atau parut jerawat kekal yang sukar untuk dihilangkan.
Di atas adalah asas bagaimana penumbuhan jerawat berlaku. Sebenarnya banyak faktor penyebab jerawat sebenarnya.
Antara faktor punca jerawat adalah stress, kurang tidur, pemakanan tidak sihat, terdedah pada matahari terlalu lama, gaya hidup dan banyak lagi. Jadi amat pentinglah anda mengetahuinya sebelum jerawat anda menjadi lebih teruk.
Tips: Untuk hilangkan jerawat dan menghalang jerawat tumbuh kembali, pastikan anda sentiasa mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali dengan menggunakan pencuci muka atau lima kali sehari tanpa penggunaan pencuci muka.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai jerawat dan tips untuk menghilangkan jerawat. Anda boleh ke blog saya. Oh ya jangan lupa untuk membaca bahagian produk iaitu rahsia jerawat terbongkar. Terima kasih.
###
Categories: Beauty